Orang yang mencintai kamu tidak
pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati
dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki
teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia
dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintai kamu selalu
menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu
ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu
kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan
mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat
Tidur’,'Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara
yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta
itu.
Jika kamu menyambut hari tahun
dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia
akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan
selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin
kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu
yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu
mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu
di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan
akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu akan
belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik
kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya
juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
Kalau kali terakhir kalian
bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa
mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan
tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu mengatakan akan
menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat
harinya tiba diaakan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada
kamu.
Orang yang mencintai kamu akan
memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang
biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu
menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan
kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah
ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan
persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya
dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh
dihati?’
Orang yang mencintai kamu
bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering
melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa
sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya
ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening
kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia
akanminta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang
terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia
tidak pernahmengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.
Kalau kamu melihat handphone-nya
maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan
SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahunyang
lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Dan jika kamu cuba menjauhkan
diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
Jika suatu saat kamu
merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia senantiasa menunggu kamu.
Orang yang begitu mencintaimu,
tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta
ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat
kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat
seperti di atas kepada kamu? Jika ada,di antaranya maka jangan pernah mensia-
siakan orang tersebut…karean kamu akan bisa
menyesal jika mengabaikannya.